Adakah bekas striker Udinese, Fernando Forestieri bakal menjadi ‘peneman’ Bergson da Silva bagi mengepalai jentera s3rangan Johor Darul Ta’zim (JDT)?
Spekulasi mengenai pemain berusia 31 tahun itu kian bertiup k3ncang selepas sebuah portal bola sepak di United Kingdom (UK), The Star mendakwa striker berusia 31 tahun itu akan berhijrah ke Liga Malaysia (Liga M).
Portal terbabit mendakwa Johor Darul Ta’zim (JDT) dipercayai menawarkan peluang baharu buat striker yang pernah beraksi bersama skuad muda Itali itu.
Malah, penyertaan itu turut membolehkan Forestieri merasai pengalaman beraksi dalam pentas elit bola sepak Asia, Liga Juara Juara Asia (ACL).
Portal terbabit menyatakan rundingan ketika ini sedang memasuki peringkat awal namun skuad Harimau Selatan dikatakan yakin dapat mengikat pemain itu bagi musim 2022.
Sebelum ini, rakan sepasukan Forestieri di Sheffield Wednesday, Manuel Hidalgo sudah ‘menjejakkan kaki’ di Liga M apabila bersama Sri Pahang FC, musim lalu.
Selain beraksi bersama Udinese dan Sheffield Wednesday, Forestieri kebanyakannya beraksi di Itali bersama Genoa, Siena, Vicenza, Empoli dan Bari.
Dia juga pernah beraksi di Sepanyol bersama Malaga serta di England bersama Watford.
sumber:- BH
Terdahulu, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi bayangan akan ‘memancing’ pemain dari Serie A selepas Bergson mengatakan dia kesunyian di bahagian hadapan.