Sri Pahang FC membuat kejutan apabila kembali menyenaraikan bekas pemain pertahanan kebangsaan, Muslim Ahmad bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.
Sri Pahang membuat pengumuman itu menerusi akaun Facebook miliknya hari ini.
Bekas kapten Sri Pahang itu pada awalnya diumumkan antara 14 pemain yang tidak bersama skuad Tok Gajah selepas berakhir musim 2021.
Namun pemain berusia 33 tahun itu menandatangani kontrak bersama Sri Pahang yang menyaksikan Muslim kekal menyarung jersi kelab itu bagi musim keenam.
“Selamat kembali ke Sri Pahang, Muslim!,” kata kenyataan menerusi Facebook Sri Pahang FC.
Pada 4 Disember lalu, skuad Tok Gajah membuat rombakan besar-besaran bagi menghadapi saingan Liga M musim 2022 apabila melepaskan 14 pemain musim lalu termasuk Muslim dan lima tenaga import.
sumber:- BH
Lima pemain import yang disingkirkan adalah Herold Goulon, Abubakar Yakubu, Kenny Athiu, Manuel Hidalgo dan Aung Kaung Mann manakala pemain tempatan adalah Helmi Eliza Elias, Faisal Rosli, Fazly Mazlan, Zazrir Naim, Ezanie Salleh, Arisazri Juhari, Hazri Rozali dan Faizal Rani.