Sukan

Malaysia bakal terima jurulatih asing

Selepas kali terakhir dikendalikan Nelo Vingada yang mendapat julukan ‘The Professor’, adakah skuad Harimau Malaya akan kembali mendapat sentuhan daripada jurulatih asing?

Ini selepas Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baharu, Scott O’Donell tampak ‘berahi’ untuk menggunakan ‘resipi’ dari luar bagi menggantikan Tan Cheng Hoe yang melepaskan jawatannya sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan, Isnin lalu.

Bekas Pengarah Teknikal Persekutuan Bolasepak Seluruh India (AIFF) itu mencadangkan kepada badan induk itu supaya dapat melantik jurulatih asing bagi mengemudi skuad kebangsaan selepas ini.

Cadangan itu dilontarkan susulan O’Donell percaya betapa kehadiran jurulatih asing mampu menjadi ‘penyelamat’ dalam misi meletakkan skuad kebangsaan ke tahap yang lebih tinggi sekali gus kembali dig3runi.

Saya melihat bahawa skuad Harimau Malaya selepas ini perlu dibimbing oleh jurulatih asing bagi mengubah landskap dan masa depan bola sepak Malaysia ke satu dimensi baharu.

“Bukan hanya untuk jangka masa pendek tetapi jangka masa panjang,” katanya.

Dalam perkembangan lain, bekas pemain import Kuala Lumpur pada 1994 itu menegaskan beliau akan meneruskan kesinambungan dan memperkasakan lagi F:30 yang menjadi peta hala tuju FAM bagi tempoh 12 tahun.

Peta hala tuju F:30 ialah pelan strategi untuk 2019 hingga 2030 namun pandemik COVID-19 telah menjejaskan perancangan ini. Peta hala tuju ini sememangnya pelan yang bagus tetapi ia boleh dikembangkan mengikut peredaran dan kesesuaian masa.

“Tidak semestinya ia hanya tertumpu kepada apa yang kita ingin capai dalam membangunkan bola sepak negara iaitu pasukan kebangsaan yang berprofil tinggi.

sumber:- BH

“Ia juga meliputi pembangunan akar umbi, belia, pendidikan jurulatih, bola sepak wanita, futsal dan bola sepak pantai. Kesemua itu juga amat penting,” katanya.