Sukan

TFC miliki pilihan lebih luas

Tiga ‘anak panah’ di jentera s3rangan yang boleh digunakan dilihat mampu memberi kelebihan buat Terengganu FC (TFC) untuk membantu pasukan mengharungi musim 2022.

Situasi itu diakui pengendali skuad Penyu, Nafuzi Zain susulan kehadiran dua pengg3mpur baharu iaitu Tchetche Kipre dan Kpah Sherman, menyaksikan dia memiliki pilihan lebih luas selain Jordan Mintah bagi menajamkan lagi jentera s3rangan.

Katanya, ketiga-tiga striker itu mempunyai kelainan yang tersendiri dalam memperagakan aksi sambil menyifatkan mereka akan berdepan persaingan sihat dalam merebut tempat.

Apa yang pasti, Nafuzi mahu setiap pemain tidak kira yang baharu atau lama tetap bekerjasama untuk terus memberikan yang terbaik dalam mencipta keserasian terbaik menjelang saingan Liga Super musim ini.

Kita boleh nampak bagaimana TFC menambahbaik kualiti pasukan terutamanya di bahagian s3rangan di mana kita ada tiga pemain ini. Saya harap kombinasi mereka dapat memberi impak kepada pasukan.

Kita akan mengharungi musim yang panjang, jadi apa sahaja boleh berlaku dan saya teruja apabila kita akan sentiasa ada pemain yang bersedia untuk diturunkan dan pilihan yang lebih luas kali ini.

“Kita akan lihat daripada segi keperluan, cara bermain daripada mereka dan semestinya masing-masing akan ada peluang mereka sendiri untuk beraksi berdasarkan prestasi semasa nanti,” katanya.

sumber:- BH

Selain duastriker yang disambar daripada Kedah Darul Aman (KDA) FC itu, mereka turut mengikat lagi pemain import baharu iaitu Pape Diakite, Luke Woodland serta bekas pemain Melaka United FC, Manuel Ott.