Tahun baru, musim baru, Kelantan FC yang baharu, pemilik The Red Warriors (TRW), Norizam Tukiman, menjanjikan kebangkitan kelab yang berpangkalan di Pantai Timur itu pada zaman kegemilangannya — dengan langkah pertama, mengumumkan sasaran kembali ke saingan Liga Super 2023.

Atas faktor itu, Norizam mempertaruhkan empat pemain import bagi posisi meny3rang dan mengagih kudrat pemain tempatan di bahagian pertahanan.

Difahamkan barisan pemain import Kelantan FC rata-ratanya merupakan penjaring terbanyak liga di Asia Tenggara dan mereka kini sedang menjalani proses kuarant!n dan bakal diumumkan pada minggu hadapan.

Sementara itu, penjaring terbanyak Liga Perdana 2021 menerusi sembilan gol bersama Kelantan FC — Nurshamil Abd Ghani, menyambut baik inisiatif pihak pengurusan tertinggi untuk memperkasakan jentera s3rangan bagi musim 2022.

Biarpun berdepan kemungkinan untuk tidak dapat beraksi lebih daripada 1000 minit permainan seperti musim lalu, penyerang berusia 28 tahun itu tetap optimis merebut posisi pengg3mpur utama.