Sukan

Baru nak segar kena masuk gua balik

MANCHESTER, United Kingdom: Wolves menamatkan permulaan tanpa kalah Ralf Rangnick sebagai pemangku pengurus Manchester United awal pagi tadi apabila jaringan tunggal Joao Moutinho memastikan kemenangan 1-0 di Old Trafford.

Kekalahan pertama kali di laman sendiri kepada Wolves dalam 42 tahun meletakkan United masih di tangga ketujuh Liga Perdana, empat mata di belakang empat pasukan teratas.

Namun ia satu lagi persembahan yang merisaukan buat Rangnick apabila Red Devils nyata kurang bertenaga.

“Kami langsung tidak bermain dengan baik, secara individu atau berpasukan,” kata Rangnick, yang memungut 10 mata daripada empat perlawanan awalnya.

“Kami tidak memberi tekanan secukupnya. Kami mencuba tetapi selepas 10 atau 15 minit, kami tidak dapat berada dalam situasi memberi tekanan.

“Perlawanan itu menunjukkan masih banyak yang kami perlu lakukan. Terutama berdepan bola, pada babak pertama kami boleh menguasainya tetapi terlalu banyak melepaskannya kepada lawan.”

Krisis kec3deraan di pertahanan tengah dengan kapten, Harry Maguire, Victor Lindelof dan Eric Bailly semuanya tidak bermain, memaksa Rangnick memberikan Phil Jones penampilan pertama dalam Liga Perdana sepanjang dua tahun.

Namun bekas pemain antarabangsa England itu antara yang dikritik kerana persembahan kurang baik seterusnya menimbulkan persoalan sama ada mereka boleh layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

Cristiano Ronaldo dinamakan sebagai kapten United hanya kali kedua selepas ketiadaan Maguire.

sumber:- BH

Bagaimanapun Ronaldo nyata tidak bermaya dibandingkan apa ditunjukkan rakan sepasukan Portugalnya itu. – AFP