Sukan

Sah Letak Jawatan

Le Khanh Hai tidak akan meneruskan tugas sebagai Presiden Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) walaupun tempoh khidmatnya masih berbaki setahun.

Bercakap kepada Zing News, Khanh Hai mengesahkan bahawa beliau sudah meletak jawatan sebagai Presiden VFF dengan Jawatankuasa Eksekutif badan induk itu akan membuat keputusan selanjutnya.

Pada April lalu, Khanh Hai dilaporkan sudah meletakkan jawatan sebagai Presiden VFF, namun beliau menafikan perkara itu.

Khanh Hai memenangi jawatan Presiden VFF pada kongres kelapan badan induk itu bagi penggal 2018-2022.

Laporan mengenai peletakan jawatannya agak mengejutkan banyak pihak dan ia dilaporkan hanya beberapa hari selepas Vietnam gagal mempertahankan kejuaraan Piala AFF apabila disingkirkan Thailand di peringkat separuh akhir.

Malah, sepanjang menjalankan tugasnya, Khanh Hai memacu bola sepak Vietnam dengan baik dan mencapai beberapa kejayaan besar.

sumber:- BH

Antara kejayaan yang diraih termasuk, Vietnam mara ke suku akhir Piala Asia 2019, mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia buat kali pertama dan skuad B-23 Vietnam memenangi emas Sukan SEA 2019. – AGENSI