Sukan

Pengganti Dollah adalah jurulatih luar negara

Kedudukan pengendali Sri Pahang FC, Dollah Salleh terus menjadi tanda tanya apabila pasukan itu hampir pasti menggunakan khidmat jurulatih asing bagi mengharungi saingan liga musim depan.

Malah, pasukan terbabit yang mengakhiri saingan liga musim ini ditangga ketiga tercorot turut akan membariskan 70 peratus muka baharu sekali gus Sri Pahang boleh disenaraikan semula sebagai pencabar mahkota kejuaraan liga untuk 2022.

Menurut sumber rapat Sri Pahang memaklumkan bahawa persetujuan bersama sudah dicapai antara pengurusan pasukan dan jurulatih dari Perancis itu untuk mengemudi skuad Tok Gajah dalam usaha meraih keputusan lebih positif kelak.

Beliau berkata, secara tidak langsung kedudukan Dollah ditentukan kelak dengan pengumuman rasmi mengenai barisan kejurulatihan dan pemain akan dibuat pada Isnin ini.

Saya boleh katakan hampir pasti Sri Pahang pada musim depan dibimbing oleh jurulatih baru dari Perancis namun nama individu berkenaan tidak boleh didedahkan lagi.

Sri Pahang sememangnya mahu melakukan perubahan besar dalam pasukan memandangkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini nasib tidak menyebelahi pasukan malah hampir tersingkir ke saingan Liga Perdana.

“Abang kepada pemain Manchester United Anthony Martial iaitu Johan Martial juga akan menyertai Sri Pahang selain beberapa pengumuman lain membabitkan barisan pemain,” katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Terdahulu, beberapa nama dikaitkan sebagai pengendali skuad Tok Gajah bagi musim 2022 namun, paling hangat disebut adalah Lim Teong Kim yang kini berada di Jerman.

sumber:- HM

Mengikut rekod, pada permulaan musim 2021 Sri Pahang melantik Thomas Dooley dari Amerika Syarikat untuk mengemudi pasukan terbabit namun beliau hanya bertahan tiga bulan sahaja sebelum jawatan itu diberikan kembali kepada Dollah.