Sukan

Gergasi Liga Super rasmi ikat bekas pemain berbakat kebangsaan

Bekas pemain berbakat kebangsaan, Fazly Mazlan akhirnya menamatkan teka-teki masa depannya apabila secara rasmi menyertai Selangor FC musim depan.

Fazly, 28, yang dianggap tonggak utama kepada kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) muncul juara Piala AFC pada 2015 lalu adalah antara tonggak pertahanan kiri paling berbakat pernah dilahirkan negara.

Dia yang berasal dari Klang sudah melakukan penampilan bersama pasukan senior Harimau Malaya pada November 2015 sewaktu usianya 21 tahun adalah antara pemain muda yang berjaya membuat 15 penampilan pada ketika itu.

Jelasnya, dia memilih Selangor FC dengan misi untuk membantu pasukan meraih trofi dan berharap penyokong akan terus berikan sokongan kepadanya.

“Selangor FC dan saya memiliki misi yang sama iaitu kami ingin menang sesuatu di sini, Insya Allah saya akan buat yang terbaik untuk kelab ini bagi mencapai misi itu,” katanya yang lebih dikenali dengan panggilan BJ.

“Saya berharap penyokong akan terus berikan sokongan kepada pasukan walaupun ketika kami jatuh kerana itu adalah pembakar semangat untuk kami terus berjuang,” katanya.

sumber:- HM

Untuk rekod, Fazly adalah pemain terbaru kelima yang diperkenalkan untuk membarisi pasukan utama selepas Red Giants memperkenalkan Samuel Somerville, Yazan Al-Arab, Baha’ Abdelrahman dan Zahril Zabri.