Lebih banyak berada di bangku simpanan meletakkan striker Melaka United (MU) musim ini Jasmir Mehat mahu mengubah haluan menyertai pasukan baharu.

Walaupun hatinya masih terarah untuk mewakili Melaka namun dia mengakui belum menerima sebarang tawaran untuknya bersama pasukan terbabit.

Katanya, secara tidak rasmi dia menerima pelawaan daripada sebuah pasukan Liga Perdana namun belum menandatangani kontrak secara rasmi.

Menurutnya, buat masa ini dia sedang menanti peluang menyertai pasukan berkenaan dalam masa sama masih menunggu ruang diberikan pengurusan skuad Hang Tuah.

Musim ini tidak banyak peluang saya membarisi pasukan dan hanya satu perlawanan saya disenaraikan dalam kesebelasan pasukan ketika berdepan Selangor di tempat lawan.

“Selebihnya saya tidak mendapat tempat dan lebih banyak berada dalam senarai simpanan tambahan pasukan terbabit memiliki barisan serangan yang mantap,” katanya.

Bekas pemain Terengganu City (TCFC), Perlis dan SAMB FC itu bagaimanapun tetap bangga dengan pencapaian pasukan itu yang mara ke separuh akhir Piala Malaysia musim ini.

Walaupun tidak beraksi namun sumbangan sebagai rakan pelatih dalam pasukan berkenaan juga membangkitkan semangat rakan sepasukan untuk cemerlang.

Jasmir yang mencatat kejayaan cemerlang membantu Melaka menjulang Piala FAM 2015 dan juara Liga Perdana 2016 kemudiannya tidak mendapat tempat dalam skuad itu pada 2018 sekali gus menyertai TCFC.

Malah dia berjaya membantu TCFC menjulang Piala FAM namun isu tunggakan gaji menyebabkannya menyertai Perlis tetapi malang Singa Utara tidak dibenarkan menyertai Liga Malaysia menyebabkan dia mewakili Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) pada 2019.

sumber : arena metro

Namun dia kembali bersama Melaka pada 2020 dengan merasai aksi lebih banyak berbanding musim ini, namun sebagai pemain dia jelas bertekad untuk membantu pasukan yang diwakili menerusi minit permainan yang lebih banyak.