Sukan

Hadiah Daripada Dion Cools buat warganet

Pemain bola sepak skuad Harimau Malaya, Dion Cools ada sesuatu yang istimewa buat peminat dan warganet sempena sambutan Hari Krismas kali ini.

Pertahanan kanan kelab Midtjylland berusia 25 tahun itu menawarkan satu daripada dua jersi yang pernah digunakannya dalam perlawanan bersama pasukan Superliga Denmark itu.

“GIVEAWAY!! Untuk Krismas saya memberi anda peluang memenangi satu daripada dua jersi yang pernah saya pakai dalam perlawanan. Bagaimana untuk memenanginya?

“Pertama, ikuti halaman saya dan ‘like’ perkongsian saya. Keduanya tag tiga rakan yang berminat dengan bola sepak. Saya akan umumkan dua pemenang pada 27 Disember ini,” tulisnya dalam hantaran terbaharu di laman Instagram.

Paling mengharukan berada di tangga teratas komen adalah pemain sepasukannya Dominic Tan @dominictjj yang meletakkan tag tiga rakan sepasukan skuad Harimau Malaya, Junior Eldstal @junioreldstal, Guilherme de Paula @g.depaula13 dan Quentin Cheng @quentinchengg.

Junior pula dalam komen berasingan menulis: “Tolong bagi saya satu” dengan tag Dominic @dominictjj, Brendan Gan @brendangan dan Matthew Davies @matttdavies.

Jelas warganet dan beberapa peminat pemain yang lahir di Kuching itu kurang senang kerana berasakan Dominic mahu menggunakan hubungannya sebagai pemain kebangsaan untuk mendapatkan jersi daripada Cools, yang pernah mewakili negara bapanya Belgium pada kejohanan peringkat umur Eropah.

“Ish mane aci,” tulis @aaisyahh___91, manakala @ahmadfarizzuan berkata: “@dominictjj kalau dapat baju Cools… saya nak baju Dom,” @zulfiqryazizan pula menulis komen: “@dominictjj woi mana boleh guna cable,” dan “@dominictjj tak bole la pakai kroni,” komen @toy_jr15.

Cools hanya sempat beraksi satu perlawanan pada kempen peringkat kumpulan Piala AFF di Singapura baru-baru ini namun Malaysia tewas 1-4 di tangan Indonesia sekali gus gagal melayakkan diri ke separuh akhir.

sumber:- HM

Setakat ini, dia sudah beraksi empat perlawanan bersama skuad Harimau Malaya di bawah kendalian Tan Cheng Hoe dengan penampilan sulungnya pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 apabila mereka tewas 0-4 di tangan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 4 Jun lalu di Dubai.