Sukan

United terima perkhabaran gembira

Pengurus Manchester United, Ralf Rangnick hampir mempunyai skuad penuh untuk dipilih menjelang perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Newcastle selepas penularan C0vid-19 menyaksikan dua aksi terakhir mereka ditangguhkan.

Hanya Paul Pogba yang mengalami kec3deraan tidak boleh digunakan pengurus sementara itu bagi aksi pertama Red Devils selepas 16 hari.

Perlawanan United menentang Brentford dan Brighton adalah di antara 12 perlawanan EPL yang ditangguhkan sepanjang dua minggu lalu berikutan berikutan peningkatan kes C0vid-19 di Britain.

Sesi latihan terakhir kami mempunyai lapan pemain dan tiga penjaga gol dan kemudian kami menutup padang latihan untuk memutuskan rantaian.

“Kali ketiga kami turun berlatih minggu ini dan kami mempunyai 25 pemain. Paul Pogba satu-satunya yang belum turun, semua yang lain sudah ada,” kata Rangnick.

Rangnick menambah bahawa sebahagian besar daripada anak buahnya yang mengh!dap C0vid-19 mempunyai sedikit atau tiada simptom, yang membolehkan mereka kekal sihat semasa berlatih dari rumah.

Perkembangan minggu lalu amat positif. Setakat yang saya dapat lihat dalam latihan, mereka semua dalam keadaan baik.

Mereka membuat kerja rumah mereka. Mereka semua mempunyai jadual mereka untuk berlatih di rumah.

sumber:- HM

“Mereka berpegang pada jadual dan program itu dan daripada apa yang saya lihat dalam latihan kebanyakan mereka, jika tidak semuanya, mungkin sudah bersedia,” katanya.