Juara Liga Super lapan kali berturut turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) membuktikan betapa kuatnya jenama pasukan itu meskipun berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi dunia akibat pand3mik C0VID-19.
Walaupun mengalami kekurangan pendapatan sebanyak RM35 juta pada 2020 susulan pand3mik, situasi itu tidak menghalang skuad Harimau Selatan daripada terus mengikat kerjasama dengan syarikat antarabangsa terkemuka.
Bukan itu sahaja, pasukan itu juga berupaya mengumumkan pelan pembinaan pusat latihan bersepadu bertaraf mega.
Menerusi hantaran pada akaun media sosial Johor Southern Tigers, JDT sudah mengumumkan kerjasama dengan UNICEF Malaysia, Aston Martin Racing Asia, Subway dan F&N selain penaja antarabangsa utama yang lain seperti Nike dan Hublot pada 2021.
Malah, mereka juga sedang berada dalam proses akhir untuk memuktamadkan penajaan baharu yang bernilai jutaan dolar Amerika.
Selain itu, ‘kehadiran’ jenama JDT di laman media sosial juga tidak kurang hebatnya selepas mereka menjadi antara entiti sukan di Malaysia yang popular secara dalam talian.
sumber:- BH
Mereka menghimpun pengikut terbanyak iaitu hampir lima juta menerusi platform Facebook, Instagram, Twitter dan YouTube.