Adakah tindakan memecat Tan Cheng Hoe atau dia sendiri melepaskan jawatan sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan dapat menyelesaikan masalah kemerosotan prestasi skuad Harimau Malaya?

Persoalan berkenaan timbul selepas banyak pihak terutama peminat yang mendesak bekas pengendali Kedah itu dipecat atau meletak jawatan susulan kegagalan pada saingan di Singapura itu.

Bekas pengendali skuad kebangsaan, B Sathianathan menyifatkan semua pihak tidak seharusnya membuat keputusan terbvru-buru dengan hanya menyalahkan Cheng Hoe atas prestasi buruk skuad Harimau Malaya.

Sebaliknya, beliau menjelaskan beberapa faktor lain perlu diambil kira bagi mencari punca sebenar kegagalan pasukan kebangsaan di Singapura termasuk dari segi persiapan pasukan dan pemain yang terpaksa dibawa Cheng Hoe.

Katanya, tidak dinafikan jurulatih memikul tanggungjawab besar dalam pasukan dan menjadi sasaran kecaman utama apabila pasukan mengalami kekalahan.

Kita tak boleh menuding jari kepada semua pihak dan macam Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin kata yang kita kena buat b3dah siasat. Jadi, apa kita patut cari? Kesalahan orang atau kelemahan persiapan.

Itu dua perkara berbeza, kesalahan orang senang nak cari. Macam Cheng Hoe senang, kita buang dia dan bawa jurulatih baharu, maka senyaplah dua atau tiga bulan, netizen pun diam.

Pihak pengurusan FAM yang kena buat keputusan, tapi jangan kita nak ikut netizen saja. Kalau kita ikut netizen saja habislah. Saya ingat lagi Luqman Hakim (Shamsudin), bila dia tak main, macam-macam netizen kata.

Selepas dia main, ada pula yang kata macam tak ada pun Luqman. Lepas itu senyap, netizen satu mulut tak buka. Jangan hanya cari salah orang, cari punca kemerosotan.

“Bagaimana persiapan kita? Adakah pemain yang dibawa tidak bersedia atau keletihan? Adakah pemain muda kita perlu ambil alih tempat dalam skuad kebangsaan? Ini semua kita perlu cari punca dan orang yang cari benda macam ini adalah pakar,” katanya kepada BH Sukan.

Selain persiapan yang singkat, masalah yang dihadapi Cheng Hoe dalam menghimpunkan pemain pilihannya juga dilihat menjadi antara punca kegagalan skuad Harimau Malaya di Piala Suzuki AFF 2020.

Malah, Sathianathan secara peribadi turut mengakui ketiadaan pemain seperti Matthew Davies, Mohamadou Sumareh, La’Vere Corbin-Ong, Brendan Gan dan Akram Mahinan memberikan impak yang besar kepada pasukan.

Mungkin saya salah atau mungkin saya betul. Tapi pada pandangan saya, memang ketiadaan empat atau lima pemain ini sudah memberi kecacatan besar kepada pasukan.

Seperti Matthew dan Brendan, mereka memiliki perbezaan yang jauh berbanding pemain lain. Brendan memainkan peranan yang sangat penting dan boleh nampak kita tak ada pemain tengah bertahan langsung, Akram pun tak ada.

sumber:- HM

“Tanpa Corbin-Ong dan Matthew, anda tengok kiri dan kanan kita senang dibolosi. Itu saya kata, kita tak cukup pemain yang berkualiti yang boleh bawa impak besar kepada pasukan,” katanya.