Sukan

Reaksi Jurulatih Indonesia lepas bedal Malaysia

Ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong, melabel kemenangan ketujuh bersama pasukan senior sejak mengemudi skuad Garuda pada Disember 2019 adalah detik paling manis buatnya.

Jurulatih dari Korea Selatan itu memberi reaksi positif atas faktor pemain mengikut arahannya hingga mampu menjuarai Kumpulan B, Piala AFF 2020, sekali gus selangkah merealisasikan janjinya kepada Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) untuk mara ke final edisi kali ini.

Mereka lolos untuk pertemuan pertama separuh akhir dengan tuan rumah, Singapura, Rabu ini selepas mudah menundukkan Malaysia 4-1 dalam pertemuan di Stadium Nasional, malam tadi.

Tae-yong turut berkongsi pendekatannya untuk tidak duduk sepanjang perlawanan demi menghargai semangat juang pemainnya di atas padang.

Sebelum pertandingan, kami mengadakan pertemuan pasukan dan saya tegaskan kepada pemain walaupun kemasukan (menjaringkan) gol, jangan ikut nafsu dan beraksi mengikut keinginan jurulatih.

Terus semangat agar pemain mempercayai diri. Saya lihat pemain semakin berkembang, Jadi saya berasa sangat senang.

sumber:- arena

“Selama menjadi jurulatih, saya tidak pernah duduk di bangku simpanan. Selama 90 minit, pemain bekerja keras, begitu juga jurulatih yang perlu menunjukkan kerja keras dan ia menjadi rutin untuk (kami) mendapatkan kemenangan,” katanya.