Sukan

Alasan Cheng Hoe letak Dion Cools di bahagian atas

Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe mendedahkan alasannya meletakkan pemain pertahanan, Dion Cools di bahagian atas pada babak kedua berdepan Indonesia aksi Piala Suzuki AFF 2020 di Stadium Nasional, Singapura, malam tadi.

Pengendali berusia 53 tahun itu menjelaskan tindakan itu dibuat kerana skuad Harimau Malaya perlu mendapatkan gol penyamaan selepas ketinggalan 1-2 pada separuh masa pertama.

Malangnya, kita dibolosi Indonesia menerusi ‘set-pieces’. Menuju ke hujung perlawanan, kami membawa masuk Guilherme De Paula dan cuba segalanya untuk mendapatkan gol.

Secara keseluruhan Dion Cools beraksi dengan baik, dia memberikan yang terbaik untuk pasukan dan bola sepak bukan hanya bermain berseorangan.

“Pemain dalam pasukan perlu beraksi bersama dan kita tidak boleh hanya bergantung pada dia (Cools). Dia memberi kestabilan serta motivasi, namun kita bolos dengan gol mudah,” katanya.

Skuad Harimau Malaya tewas 1-4 di tangan Indonesia pada aksi terakhir Kumpulan B yang menyaksikan harapan anak buah Cheng Hoe untuk mara ke separuh akhir mvsnah.

Pasukan kebangsaan menenamatkan saingan peringkat kumpulan di kedudukan ketiga, manakala slot ke separuh akhir menjadi milik Indonesia dan Vietnam yang menghuni dua tangga teratas.

Selain itu, Cheng turut menjelaskan pasukannya perlu memberi fokus kepada tugas seterusnya selepas impian di Piala Suzuki AFF 2020 tidak kesampaian.

Pemain saya beraksik dengan baik dalam 15 minit pertama, mendahului dengan baik. Namun, saya rasa pemain gagal untuk menangani intensiti dan permainan pantas pasukan Indonesia.

sumber:- BH

“Kami tidak cukup kuat dalam situasi satu lawan satu ketika melakukan s3rangan dan bertahan dan kami tidak berjaya mengekang permainan mereka yang pantas,” katanya.