Sukan

Thailand dan Malaysia kongsi minat sama

Malaysia dan Thailand tampak berkongsi ‘cita rasa’ yang sama apabila turut membawa ‘kuda tua’ pada saingan Piala AFF 2020 di Singapura.

Skuad Harimau Malaya membawa ‘Harimau Import’, Guilherme de Paula yang berusia 35 tahun sementara skuad ‘Gajah P3rang’ membariskan striker berusia 33 tahun, Teerasil Dangda.

Namun, kedua-dua pemain berpengalaman ini mengharungi kempen yang jauh berbeza ‘bagai langit dengan bumi’ terutamanya daripada kualiti permainan dan jumlah jaringan yang disumbangkan.

Berdasarkan rekod, Teerasil membalas kepercayaan yang diberikan dengan mel3dak empat gol dalam saingan setakat ini.

Striker BG Pathum United itu menjaringkan dua gol ketika men3ntang Myanmar dan dua gol lagi ketika berdepan Filipina – dua daripada empat gol itu adalah sepakan penalti.

Berdasarkan jumlah jaringan terbabit, Teerasil turut mencipta nama sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman kejuaraan itu dengan 19 gol sekali gus memintas rekod striker Singapura, Noh Alam Shah (17 gol).

Sementara De Paula pula masih bergelut pada kempen kali ini dan belum merekodkan sebarang jaringan walaupun diturunkan dalam tiga perlawanan berdepan Kemboja, Laos dan Vietnam.

Ketika berdepan dua pasukan di ranking lebih rendah iaitu Kemboja dan Laos, striker dari Brazil itu boleh dikatakan beraksi dengan baik namun tidak cukup untuk mencatat nama selaku penjaring.

Berdepan Vietnam, lebih sukar untuk meletakkan harapan di bahu De Paula untuk merobek gawang juara bertahan itu yang berkesudahan dengan kekalahan 0-3 buat skuad negara.

Mungkin nampak ‘k3jam’ apabila membandingkan De Paula dengan Teerasil yang dilabel sebagai antara striker terbaik ASEAN kerana jaringan gol dibantu dengan pelbagai faktor, tidak hanya kualiti striker itu sendiri.

Tetapi persoalannya, jika Teerasil boleh, mengapa tidak De Paula?

sumber:- BH

Berdepan Indonesia yang juga berada pada ranking lebih rendah berbanding Malaysia, namun diperkuat kudrat pemain muda, mungkinkah ini peluang terakhir De Paula untuk menutup mulut pengkritik?