Sukan

Jurulatih Vietnam tolak pasukan Malaysia

Juara bertahan Vietnam tampil yakin dan percaya Indonesia mampu menewaskan Malaysia pada aksi terakhir untuk bersama-sama mereka menghuni dua slot teratas Kumpulan A dan melangkah ke pentas separuh akhir.

Pengendalinya, Park Hang-seo berkata, Naga Emas tidak boleh bimbang tentang Indonesia atau apa yang mereka mungkin lakukan apabila mereka men3ntang Malaysia.

“Kami hanya boleh fokus kepada pasukan kami dan akan melakukan semua yang kami mampu untuk memenangi perlawanan terakhir kami,” jelasnya.

Indonesia mempamerkan aksi bertahan berkualiti apabila berjaya menyekat s3rangan bertali arus Vietnam pada aksi Kumpulan B, kelmarin.

Kejayaan menamatkan aksi tanpa jaringan itu meletakkan Indonesia di tangga teratas selepas tiga perlawanan dengan tujuh mata begitu juga Vietnam namun perbezaan jaringan gol memihak Sang Garuda untuk menerajui kumpulan.

Mengulas keputusan seri yang diraih pasukannya, Hang Seo menyifatkannya hanya satu keputusan di luar kawalannya.

“Malam ini, kami melakukannya dengan baik dan jika kami boleh menjaringkan gol ia adalah bagus, tetapi tidak menjaringkan gol tidak memberi kesan yang begitu besar,” katanya.

sumber:- HM

Vietnam bakal bertemu Kemboja pada aksi terakhir peringkat kumpulan pada 19 Disember ini serta dilihat tidak berdepan masalah untuk meraih tiga mata manakala Indonesia hanya memerlukan keputusan seri ketika Malaysia memerlukan kemenangan.