Sukan

Faisal Halim kata tak berbaloi satu perlawanan

“Tidak berbaloi saya tinggalkan isteri, keluarga dan rakan-rakan jika hanya bermain untuk satu perlawanan sahaja”.

Demikian kata pemain sayap negara, Faisal Halim yang kini kembali memperkuatkan skuad Harimau Malaya menjelang aksi terakhir Kumpulan B men3ntang Indonesia di Stadium Nasional Singapura, Ahad ini.

Faisal, 23, yang terlepas tiga perlawanan awal susulan perintah pengasingan oleh Kerajaan Singapura ekoran disahkan p0sitif C0vid-19 pada 4 Disember lalu, mengakui enggan melihat pasukan negara pulang awal daripada kempen kali ini.

Katanya, dia mahu membantu sepasukan meraih kemenangan untuk kekal beraksi di peringkat separuh akhir sekali gus dirinya turut berpeluang beraksi di perlawanan berikutnya.

Saya tak nak anggap ini adalah perlawanan yang terakhir buat saya dan juga rakan-rakan…saya dah terlepas tiga perlawanan sebelum ini.

Sia-sia saya datang hampir sebulan tinggalkan isteri, anak, keluarga hanya bermain untuk satu perlawanan dan pulang. Itu adalah tidak berbaloi bagi saya dan rakan-rakan.

“Apa yang boleh saya katakan perlawanan menentang Indonesia ini satu perlawanan yang amat-amat penting untuk pemain dan rakyat Malaysia. Kita perlu menang walau apa cara sekali pun untuk layakkan diri ke separuh akhir,” kata pemain kelahiran Pulau Pinang itu.

Faisal atau lebih dikenali dengan panggilan Mickey dikalangan rakan sepasukan dan peminat melalui musim cukup sempurna sepanjang tahun ini bersama Terengganu FC dalam saingan Liga Malaysia.

Jelasnya, dia mahu mengekalkan momentum itu dalam kempen Piala AFF kali ini dan bersedia untuk diturunkan jika diberi kepercayaan oleh pengendali pasukan, Tan Cheng Hoe.

Memang sebelum datang Singapura saya katakan pada diri ini adalah peluang terbaik buat diri saya membuktikan sesuatu dan saya mampu bermain di peringkat yang lebih tinggi.

“Walaupun dugaan (disahkan p0sitif C0vid-19) yang datang saya terima dugaan dengan hati yang terbuka, secara jujurnya saya sudah bersedia dari segi mental dan fizikal men3ntang Indonesia, terpulanglah kepada taktikal jurulatih untuk menurunkan saya sebagai pemain gantian mahupun kesebelasan utama,” katanya.

Malaysia wajib melakar kemenangan ke atas Indonesia selepas hanya memungut enam mata daripada tiga aksi sebelum ini.

sumber:- HM

Sebaliknya, skuad Garuda pula hanya memerlukan keputusan seri untuk terus mengibar cabaran mereka di peringkat seterusnya.