Gandingan Dominic Tan dan Dion Cools dijangka menjadi pertaruhan untuk mempertahankan kubu Malaysia ketika men3ntang Indonesia pada aksi Piala AFF 2020, Ahad ini susulan kec3deraan yang dialami Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Shahrul Saad,

Dalam situasi yang dihadapi sekarang, gandingan Cools dengan Dominic berisiko tinggi. Cabaran cuaca bagi Cools boleh menggugat prestasinya manakala Dominic masih belum menunjukkan bukti yang dia layak beraksi di lapangan antarabangsa.
“Mungkin sudah tiba masanya untuk beraksi dengan tiga bek tengah. Gandingan Rizal Ghazali, Cools serta Dominic sebagai pertahanan bertiga akan membantu Cools sebagai ‘sweeper’.
“Di posisi ‘sweeper’, Cools boleh mengawal keadaan bertahan tanpa membazir tenaga. Kita memerlukan seorang pertahanan yang tenang serta vokal dan di sini saya lihat bahawa Cools sahaja yang paling layak,” katanya.
Sebagai rekod, skuad bimbingan Tan Cheng Hoe kini berdepan misi getir apabila tidak berdepan pilihan selain perlu menumbangkan musuh tradisi itu untuk melayakkan diri ke separuh akhir.
sumber:- HM
Kelebihan besar dipegang skuad bimbingan Shin Tae Yong itu memandangkan mereka hanya perlu mengelak daripada tewas di tangan Malaysia bagi mengesahkan kemaraan ke pusingan seterusnya.