Sukan

Reaksi Safawi jadi bahan penyokong Indonesia

P3rang psik0logi yang dilancarkan penyokong bola sepak Indonesia ke atas pemain sayap negara, Safawi Rasid nampaknya tidak berjaya.

Menurut jurulatih negara, Tan Cheng Hoe, tahap motivasi dan m3ntal Safawi dilihat cukup tinggi dan tidak mudah ‘k0yak’ biarpun dis3rang bertalu-talu di media sosial terutamanya di akaun Instagram miliknya.

Jelas Cheng Hoe, beliau sempat berjumpa dengan tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu pagi tadi dan dia tidak menunjukkan apa-apa reaksi tentang s3rangan di media sosial itu.

Setakat sekarang dan hari ini, Safawi tak nampak dalam keadaan suram ke, muram ke atau sedih.

“Tapi kita nampak dia macam tak ada masalah t3ntang (s3rangan psikologi) itu, yang penting nampak dia masih fokus untuk lawan Indonesia saja,” katanya.

Semalam, akaun Instagram milik Safawi ‘diserang’ penyokong bola sepak Indonesia yang tidak berpuas hati apabila pemain kacukan mereka, Elkan Baggott diarahkan untuk dikuarantin selama lima hari oleh pihak berkuasa k3sihatan Singapura, mulai kelmarin.

Ia selepas pemain Ipswich Town itu dipercayai oleh kerajaan Singapura menaiki pesawat yang sama dari London ke Kota Singa dengan salah seorang penumpang yang mendapat keputusan positif C0VID-19 var!an baharu iaitu Omicr0n.

Lantas, tindakan pihak berkuasa tempatan itu menimbulkan kemarahan penyokong Indonesia yang menuduh skuad Harimau Malaya mendapat layanan ‘istimewa’, di mana Safawi Rasid yang duduk sebilik dengan Akhyar Rashid dibenarkan beraksi.

Contoh yang diberikan media Indonesia itu nyata menaikkan api kemarahan penyokong tegar skuad Garuda yang kemudiannya meny3rang Instagram pemain sayap kebangsaan itu yang dikatakan kontak rapat kepada Akhyar.

sumber:- HM

Skuad negara bakal berdepan misi wajib menang ke atas ‘mvsuh’ tradisi itu bagi meraih tiket ke separuh akhir Piala AFF kali ini.