Sukan

Masalah Malaysia hampir selesai

Awan hitam yang menyelubungi skuad Harimau Malaya sejak tiba di Singapura pada 3 Disember lalu semakin berarak pergi menjelang aksi terakhir Kumpulan B Piala AFF bertemu Indonesia, Ahad ini.

Beberapa isu sering menghantui skuad negara sebelum ini termasuk krisis kekurangan pemain yang terpaksa dikuarantin ekoran p0sitif C0vid-19 serta masalah kec3deraan bakal berakhir.

Perkembangan terbaharu menyaksikan tonggak sayap, Akhyar Rashid akan kembali memperkuatkan pasukan selewat-lewatnya petang esok selepas diasingkan sejak 9 Disember lalu selepas didapati p0sitif C0vid-19.

Kec3deraan yang menghantvi tonggak pertahanan, Junior Eldstal turut berakhir dengan pemain kelab Liga Thailand, Chonburi FC itu amat bermotivasi untuk membantu pasukan.

Malah, bintang kacukan negara yang beraksi bersama FC Midtjylland di Liga Denmark, Dion Cools juga sudah melaporkan diri di sini dan bersedia untuk dipertaruhkan di bahagian pertahanan negara hujung minggu ini.

Jelas Tan Cheng Hoe, suasana pasukan ketika ini cukup p0sitif dan beliau percaya kehadiran semula tiga tonggak itu beri lebih pilihan kepadanya selepas pada Selasa lalu tiga pemain yang p0sitif C0vid-19 iaitu Khairulazhan Khalid, Faisal Halim dan Quentin Cheng turut disahkan bebas daripada virvs itu.

Akhyar statusnya dia akan habiskan kuarant!n dia mungkin esok dan petang kemungkinan sudha boleh sertai latihan atau saya kena buat satu program latihan untuknya bersama jurulatih kecergasan.

Pemain lain semuanya boleh main termasuk Junior pun dah sertai latihan dan nampak dia baik. Mungkin dalam dua ke tiga sesi latihan lagi dia sudah bersedia untuk aksi seterusnya.

“Saya juga dah jumpa Cools pagi ini, dan dia nampak dalam motivasi yang baik dan cukup bermotivasi. Harap kehadirannya boleh beri keseimbangan dan kekuatan tambahan kepada pasukan…ini berita yang baik untuk pasukan,” katanya.

Dengan senario itu, skuad negara kini mempunyai 22 pemain daripada 24 yang di bawa.

sumber:- HM

Ini susulan dua tonggak berpengalaman iaitu Aidil Zafuan Abd Radzak dan Shahrul Saad masih berada dalam proses pemvlihan ekoran kec3deraan hamstr!ng dialami ketika men3ntang Vietnam Ahad lalu.