Sukan

Lebih rendah tak bermakna kurang menyengat

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) menetapkan bajet RM22 juta untuk menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) dan Piala AFC musim depan.

Walaupun bajet berkenaan lebih rendah berbanding hampir RM30 juta musim ini, tetapi dengan kecekapan perancangan kewangan yang dirancang dijangka mampu memastikan tiada lagi masalah kewangan dan tunggakan gaji berulang.

Menteri Besar merangkap Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meluahkan keyakinan itu sebaik sahaja tamat mempengerusikan kongres badan induk itu di Wisma Darul Aman, hari ini.

Berdasarkan lingkungan bajet RM22 juta serta kemampuan yang ada pada KDA FC, maka masalah isu gaji tidak akan berulang dan jika di luar lingkungan kelab, itu yang menjadi masalah.

Insya Allah dengan lingkungan RM22 juta ke bawah, KDA FC tidak ada masalah.

“Dulu bukan tak ada duit, tetapi dengan bajet lebih besar sebelum ini, kita terpaksa membayar hutang lama, dan itulah yang menjadi masalah dan kalau masalah hutang lama itu sudah tidak ada lagi, Insya Allah kita boleh.” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi KDA FC, Khamal Idris Ali turut melahirkan keyakinan di atas perancangan skuad Hijau Kuning yang lebih baik dan tersusun berbanding musim-musim lalu melalui penjimatan yang dilakukan.

KDA FC kini hampir lengkap dalam perancangan menyenaraikan semua pemain bagi menghadapi saingan Liga M dan saingan Piala AFC musim depan.

Pengambilan pemain utama tempatan ada yang datang dari negeri lain dan mereka yang dipilih sudah membuktikan kemampuan dalam Liga Super.

sumber:- HM

“Jadi, kalau kita hilang dua atau tiga pemain, kita boleh dapat empat atau lima pemain yang berkualiti dan mereka sedang meningkat naik serta boleh mengisi lompong yang kita ada sebelum ini,” katanya.