Barisan pemain skuad Harimau Malaya diingatkan supaya tidak melayan sebarang pr0vokasi khususnya menerusi laporan media Indonesia yang dilihat mula melancarkan p3rang psikologi ke atas pasukan negara menjelang perlawanan penting kedua-dua pasukan Ahad ini.
Jelas pengendali negara, Tan Cheng Hoe, pemain dituntut agar tidak mudah terperangkap dengan andaian negatif yang boleh mengganggu fokus dan tumpuan pemain.
Saya rasa pengalaman yang lepas sebelum perlawanan dengan Indonesia, akan ada pelbagai andaian dan pr0vokasi daripada media mereka.
“Tetapi seperti yang saya ingatkan dalam perjumpaan dengan pemain, saya beritahu yang penting kita fokus perlawanan…dan yang luar dari padang itu, adalah luar dari kawalan kita,” katanya menjelang aksi getir bertemu ‘musvh’ tradisi itu yang juga perlawanan terakhir Kumpulan B Piala AFF di Stadium Nasional Singapura, Ahad ini.
Pertembungan dua seteru itu sememangnya ‘panas’ terutama membabitkan penyokong dan media kedua-dua negara sama ada sebelum mahupun selepas perlawanan.
Untuk rekod, sepanjang 15 pertemuan sejak tahun 2000, keputusan kedua-dua pasukan seimbang dengan Malaysia melakar enam kemenangan begitu juga Indonesia dengan enam kemenangan, manakala tiga aksi berakhir dengan keputusan seri.
Bagaimanapun, rekod terakhir lebih memihak skuad Harimau Malaya apabila di mana anak buah Cheng Hoe menewaskan Indonesia sebanyak dua kali pada 2019 lalu.
Sementara itu, akaun Instagram milik Safawi Rasid kini ‘dis3rang’ penyokong bola sepak Indonesia yang tidak berpuas hati apabila pemain kacukan mereka, Elkan Baggott diarahkan untuk dikuarantin selama lima hari oleh pihak berkuasa kesihatan Singapura, semalam.
Ia selepas pemain Ipswich Town itu dipercayai oleh kerajaan Singapura menaiki pesawat sama dari London ke Kota Singa dengan salah seorang penumpang yang mendapat keputusan positif C0v!d-19 varian baharu iaitu Omicr0n.
sumber : HM
Lantas, tindakan pihak berkuasa tempatan itu menimbulkan kemarahan penyokong Indonesia yang menuduh skuad Harimau Malaya mendapat layanan ‘istimewa’, di mana Safawi yang duduk sebilik dengan Akhyar Rashid dibenarkan beraksi.