Sukan

Thailand sebabkan Singapura ke separuh akhir tanpa tendang bola

JUARA lima kali Thailand mara ke separuh akhir Piala Suzuki AFF 2020 selepas menewaskan Filipina 2-1 dalam perlawanan Kumpulan A di Stadium Nasional, Singa

Keputusan itu juga bermakna Singapura turut menempah slot separuh akhir tanpa menendang bola berdasarkan rekod head-to-head yang lebih baik menentang Filipina dan Myanmar.

Ini kemenangan ketiga Thailand, yang dibimbing Alexandre Polking, setelah menewaskan Timor-Leste 2-0 dan Myanmar 4-0 sebelum ini untuk menduduki tangga teratas dengan sembilan mata.

Pada perlawanan itu, striker prolifik Teerasil Dangda menyinar dengan jaringan pada setiap separuh masa untuk membawa Gajah P3rang ke separuh akhir buat kali kelima berturut-turut sejak edisi 2012.

Striker berusia 33 tahun itu, yang bermain untuk BG Pathum United, melepaskan sepakan voli kaki kiri pada minit ke-26 untuk meletakkan Thailand 1-0 sebelum Filipina menyamakan kedudukan menerusi Patrick Reichelt pada minit ke-57.

Teerasil, yang merupakan penjaring terbanyak dalam Piala Suzuki edisi 2012 dan 2016, kemudian dengan tenang menyempurnakan sepakan penalti menewaskan penjaga gol Filipina, Kevin Ray Mendoza pada minit ke-78 untuk memastikan kemenangan Thailand.

Jaringan Teerasil menjadikan jumlah keseluruhannya dalam Piala Suzuki kepada 19, mengangkatnya mengatasi Noh Alam Shah dari Singapura sebagai penjaring terbanyak sepanjang masa kejuaraan itu.

Jurulatih Thailand, Alexandre Polking memuji striker veteran itu, yang dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan.

Saya tidak tahu berapa kerap saya boleh datang ke sini dan memujinya, dia adalah striker terbaik yang pernah saya latih dan striker terbaik yang pernah saya lihat, dan dia baru saja membuktikannya sekali lagi.

“Dia mencipta peluang, dia tampil dengan satu lagi penamat bertaraf dunia malam ini, dan saya harap dia boleh teruskan dan menjaringkan lima, enam atau tujuh gol lagi supaya kami boleh mencapai dan memenangi perlawanan akhir,” ujarnya.

Polking juga memberi penghormatan kepada seluruh skuadnya.

“Saya ingin memuji kesebelasan utama dan pemain memberikan terbaik untuk tiga mata yang sangat penting di mana kami kini telah mencapai sasaran minimum layak ke separuh akhir, dan ia memberi kami lebih masa untuk berlatih bersama…”

Sementara itu, Pengendali Filipina, Stewart Hall menyifatkan penalti pada separuh masa kedua Thailand adalah detik penentu perlawanan itu.

“Sehingga itu kami betul-betul dalam permainan. Kredit kepada Thailand kerana mereka bermain dengan baik, tetapi penalti jelas merupakan faktor penentu perlawanan ini,” ujarnya.

Sementara itu, Singapura menewaskan Timor-Leste 2-0 dalam satu lagi perlawanan dan akan menamatkan perlawanan peringkat kumpulan dengan menentang Thailand pada petang Sabtu.

Filipina dan Myanmar pula akan berentap dalam satu lagi perlawanan.

sumber:- SH

Untuk rekod, Thailand adalah pasukan paling berjaya di saingan Piala Suzuki AFF, setelah menjulang trofi itu pada 1996, 2000, 2002, 2014 dan 2016.