Sukan

Rombakan besar – besaran JDT

Pemain berusia 32 tahun itu meninggalkan JDT sebagai penjaring terbanyak JDT sepanjang zaman untuk Liga Super Malaysia dengan 43 gol dan penjaring terbanyak dalam kesemua pertandingan dengan 66 gol dalam 152 penampilan.

“Sudah tiba masanya untuk berpisah tetapi ianya merupakan penghormatan yang amat besar. Terima kasih sekali lagi untuk setiap detik yang indah dan kami ucapkan selamat maju jaya,” menurut Johor Southern Tigers.

Dalam pada itu, Pengarah Sukan JDT, Martin Prest berkata, pihaknya sedang dalam rundingan untuk menandatangani seorang pemain tempatan dan empat pemain luar negara bagi musim 2022.

Antaranya pemain tengah berusia 21 tahun iaitu Hong Wan, yang sebelum ini beraksi dengan Wolverhampton Wanderers dan telah menerima pasport Malaysia untuk beraksi dengan JDT pada tahun depan.

JDT juga akan mengekalkan kesemua pemain luar negara yang lain dalam pasukan senior.

“Seorang daripada empat pemain luar negara baru akan digandingkan dengan Bergson manakala yang lain akan diserapkan ke JDT II untuk digunakan dalam sistem ‘rotation’.”

JDT juga akan meminjamkan Irfan Fazail dan Stuart Wilkins ke Sabah, Fadhli Shas dan Syazwan Andik ke Melaka United dan kini sedang berbincang dengan beberapa kelab untuk meminjamkan Syafiq Ahmad.

JDT juga akan menandatangani pemain tengah Pulau Pinang, Endrick dos Santos yang berusia 26 tahun untuk musim 2023, dengan hasrat untuk menaturalisasikan pemain dari Brazil itu.

 

“Kelab telah membuat keputusan untuk hanya menaturalisasikan pemain yang masih muda dan boleh memberi sumbangan untuk jangka masa panjang.”