Bintang Import utama Johor Southern Tiger, Gonzalo Cabrera tidak lagi bersama dengan pasukan JDT untuk musim depan. Menerusi perkongsian daripada lama facebook rasmi JDT , Gonzalo Cabrera dan JDT sudah tiba masanya untuk berpisah. Untuk rekod Caberera merupakan penjaring terbanyak sepanjang untuk pasukan JDT.
Rata-rata komen Facebook menghargai sumbangan Cabrera untuk pasukan JDT. “umrah bolasepak pemain datang dan pergi..jgn risau..kalau perasan TMJ bila lepaskan yg terbaik yg datang tu mesti lagi yg terbaik” itulah komen penyokong JDT. HAl ini berikutan kenyataan TMJ yang ingin berbelanja besar untuk musim depan.
Ia merupakan sebuah pengalaman bersama yang akan sentiasa dikenang, memenangi pelbagai trofi dan menjaringkan begitu banyak gol untuk menjadi penjaring terbanyak Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim sepanjang zaman untuk Liga Super Malaysia (43 gol) dan Kesemua Pertandingan (66) dalam 152 penampilan sejak 2017.
Sudah tiba masanya untuk berpisah tetapi ianya merupakan penghormatan yang amat besar. Terima kasih sekali lagi untuk setiap detik yang indah dan kami ucapkan selamat maju jaya.
Untuk Rekod Cabrera bersama JDT telah Memenangi pelbagai kejuaraan antaranya Juara Liga Super Malaysia 2017-2021 ,Juara Piala Sumbangsih 2018-2021 ,Juara Piala Malaysia 2017 & 2019.