“Sukar untuk saya menilai kekuatan pasukan saya”.
Itu nada angkuh jurulatih Vietnam, Park Hang Seo yang akui kejayaan ke atas Malaysia bukanlah kayu pengukur untuk menilai peluang skuad kendaliannya untuk mempertahankan Piala AFF buat kali kedua berturut-turut.
Jelasnya, skuad Harimau Malaya sudah memberikan cabaran yang baik namun beliau masih belum puas dengan prestasi anak didiknya meskipun berjaya menjinakkan naib juara edisi lalu itu dengan 0-3.
Men3ntang Malaysia selalu memberi kesukaran kepada kami. Oleh itu, saya gembira kami berjaya meraih kemenangan.
Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada pemain kerana mereka memberikan yang terbaik pada perlawanan ini (semalam).
Namun, sukar untuk saya menilai kekuatan sebenar pasukan kami. Kami tidak sepatutnya melakukan perkara ini.
“Pemain sudah menampilkan prestasi terbaik dan saya gembira mengenainya. Mungkin kami perlu membiarkan orang lain menilai kekuatan Vietnam,” katanya.
Tiga gol lawan itu diperoleh menerusi Nguyen Quang Hai dan Nguyen Chong Phuong pada separuh masa pertama sebelum Nguyen Hoang Duc menambah kelebihan pasukan di ranking ke-99 dunia itu di hujung permainan.
Kemenangan itu menyaksikan Vietnam melebarkan rekod empat kemenangan berturut turut ke atas skuad Harimau Malaya selain tidak tewas dalam tujuh pertemuan selepas kali terakhir kecundang, tujuh tahun lalu.
Hasil kemenangan itu, Vietnam kini berkongsi enam mata bersama Malaysia dan Indonesia, namun ketiga-tiganya dibezakan dengan jumlah jaringan.
sumber:- HM
Indonesia kini di tangga pertama, diikuti Vietnam dan Malaysia dengan masing-masing berpeluang untuk merebut dua tiket terbaik ke separuh akhir.