Bekas striker Manchester United Louis Saha tidak percaya dakwaan ‘gila’ bahawa Cristiano Ronaldo adalah pemain yang tidak baik untuk R3d Devils.

Ronaldo kembali ke Old Trafford dari Juventus dalam jendela perpindahan sebelum ini dan kini merupakan penjaring gol terbanyak kelab dalam semua pertandingan musim ini, menjaringkan gol 12 kali daripada 17 penampilan — berkelebihan tujuh berbanding Bruno Fernandes dan Mason Greenwood.

Pemain berusia 36 tahun itu memiliki jumlah jangkaan jaringan tertinggi bagi mana-mana pemain United merentas semua pertandingan dengan 9.67 — Fernandes pula dengan 3.46.

Saha — yang bermain untuk Red Devils antara 2004 dan 2008, menjaringkan 28 gol dalam 86 penampilan Liga Perdana untuk kelab itu — tidak dapat membayangkan bagaimana terdapat pihak yang menyatakan Ronaldo punca penurunan kualiti United.

Ia adalah satu perkara gila untuk berkata sedemikian [Ronaldo merupakan pemain yang gagal]. Sesuatu yang tidak wajar untuk dikatakan,” kata Saha kepada Stats Perform.

“Saya telah mendengar begitu ramai orang yang suka mengkritiknya kerana dia terlepas perlawanan, orang ramai menyalahkan pemecatan Solskjaer berpunca daripada Ronaldo kerana dia ‘pemain yang sukar dikendalikan’.

“Dia menjaminkan anda dengan gol dan [orang] masih berkata begini? Saya bingung, tetapi pada masa sama anda melihat kerjayanya dan dia adalah seseorang yang mahu menang dan menjaringkan gol. Itu adalah satu aset. Ia sukar dipercayai untuk menghasilkan 40 gol setahun — 30 sudah cukup menakjubkan.”