Sukan

Empat Gol Pemain JDT julang Malaysia

Laos nyata bukan lawan Malaysia selepas Harimau Malaya mudah meraih kemenangan besar 4-0 dalam aksi kedua Kumpulan B saingan Piala AFF 2020 di Stadium Bishan, Singapura, sebentar tadi.

Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe melakukan rombakan di bahagian 3rangan apabila merehatkan pemain naturalisasi, Guilherme De Paula yang menyaksikan Luqman Hakim Shamsudin bertindak selaku pengg3mpur utama Harimau Malaya.

Menurunkan keseluruhan anak tempatan dalam kesebelasan utama, percaturan Cheng Hoe itu membuahkan hasil seawal minit ketujuh apabila Safawi Rasid mel3dak gol pertama selepas menyudahkan hantaran Arif Aiman Hanapi.

Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu terus mencetak nama selaku penjaring apabila menyumbang gol kedua pada minit ke-34.

Harimau Malaya mendapat beberapa peluang terbaik untuk menambah jaringan pada babak kedua, namun gagal disudahkan dengan jaringan.

Usaha keras Harimau Malaya akhirnya berhasil pada minit ke-78 apabila tonggak pertahanan, Shahrul Saad meledak gol ketiga, sebelum Safawi melengkapkan hatrik dengan mel3dak gol keempat pasukan negara, dua minit kemudian.

Kemenangan itu menyaksikan Harimau Malaya kekal di kedudukan teratas dengan mengumpul enam mata selepas menewaskan Kemboja 3-1 pada aksi pertama Kumpulan B, Isnin lalu.

sumber:- BH

Seterusnya, anak buah Cheng Hoe akan mengharungi perlawanan sukar berdepan juara bertahan, Vietnam, Ahad ini dan aksi terakhir peringkat kumpulan men3ntang Indonesia, 19 Disember ini.