Sukan

Berita kurang menggembirakan Malaysia

Kempen skuad Harimau Malaya di Piala AFF di sini terus mendapat perkhabaran kurang menggembirakan apabila seorang lagi pemain terpaksa direhatkan sekali gus kini meninggalkan pasukan dengan hanya 21 daripada 24 tonggak yang dibawa.

Selepas kehilangan Khairulazhan Khalid dan Faisal Halim yang didapati p0sitif C0vid-19 dan harus menjalani kuarant!n kendiri selama 10 hari, kini giliran Junior Eldstal sah mengalami kec3deraan di bahagian perut.

Kec3deraan itu dialaminya ketika aksi pertama menentang Kemboja Isnin lalu, di mana pemain tengah kacukan itu hanya sempat beraksi selama 25 minit sebelum ditukarkan dengan Mukhairi Ajmal.

Jelas Junior, selepas melakukan pemeriksaan kesihatan, dia perlu berehat untuk memastikan dirinya berada pada tahap kecergasan sepenuhnya.

“Tidak berapa bernasib baik apabila bermain untuk pasukan negara akhir-akhir ini (bertemu Kemboja). Beraksi perlawanan terakhir dengan rasa kesak!tan, dan rasa t3gangan di bahagian perut.

“Sekarang masa untuk pulih dan bersiap untuk kembali 100 peratus. Jangan risau, sebelum ini hanya mandi bunga,” katanya yang beraksi bersama kelab Chonburi FC di Liga Thailand.

Dengan perkembangan terbaharu itu, skuad negara kini berada pada situasi krit!kal terutama di bahagian tengah.

sumber:- HM

Ini berikutan skuad negara hanya mempunyai dua pemain ‘asli’ di bahagian tengah iaitu Baddrol Bakhtiar dan Mukhairi Ajmal.