Sukan

Shebby bidas De Paula

NAMA peny3rang naturalisasi Harimau Malaya, Guilherme de Paula kembali menjadi bualan hangat penyokong bola sepak tanah air gara-gara tindakannya ketika aksi pembukaan Kumpulan B Piala Suzuki AFF 2020 menentang Kemboja di Stadium Bishan pada Isnin.

Peny3rang kelahiran Brazil itu sekali lagi mempamerkan sikap ‘kurang baik’ di tengah padang apabila dilihat membaling botol minuman ke arah bangku simpanan selepas dikeluarkan pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe pada minit ke-75.

Tindakan tidak profesional de Paula itu mendapat perhatian wakil ESPN FC, Gabriel Tan yang turut memuat naik satu ciapan di laman sosial Twitternya.

“Guilherme de Paula kurang gembira ketika digantikan, entah mengapa dia dilihat merenung tajam penyokong Malaysia yang memberikan tepukan gemuruh kepadanya, sebelum membaling botol air di bangku simpanan,” tulisnya.

Bekas pemain kebangsaan, Serbegeth Singh pula membidas tindakan de Paula sambil menyifatkan pemain berusia 35 tahun itu lebih mementingkan diri sendiri berbanding rakan-rakan sepasukannya.

Malah, Serbegeth atau lebih dikenali dengan panggil Shebby menganggap perbuatan tersebut mampu mengganggu keharmonian dalam skuad Harimau Malaya.

“Saya rasa barisan kejurulatihan perlu cari cara bagaimana mahu mendisiplinkan de Paula. Tindakan de Paula pada perlawanan menentang Kemboja semalam (Isnin) langsung tidak diterima.

“Sekiranya de Paula menganggap dirinya lebih besar daripada matlamat pasukan, maka tindakan harus diambil pihak pengurusan pasukan kebangsaan,” katanya kepada Sukan Sinar pada Selasa.

Dalam pada itu, Cheng Hoe tidak mahu memperbesar-besarkan isu berkenaan sambil berharap de Paula kembali fokus bagi menghadapi perlawanan akan datang.

Saya percaya mungkin dia kecewa selepas tidak dapat menjaringkan gol kerana sebelum ini dia sentiasa komited dan memberikan yang terbaik pada sesi latihan.

sumber : SH

“Namun, saya yakin dia cukup matang untuk kendalikan situasi seperti ini. Saya harap dia akan terus mempunyai motivasi dan memberikan contoh yang terbaik pada pasukan,” jelasnya.