Jodoh empat pemain import Terengganu FC (TFC), David Da Silva, Makan Konate, Dechi Marcel dan Carli De Murga tidak berpanjangan apabila sah ‘bercerai’ dengan skuad itu dalam mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.
Sebelum ini dua pemain tempatan iaitu bekas kapten Perak FC, Nasir Basharudin dan pertahanan tengah, Muhammad Mohd Fauzi sudah mengucapkan selamat tinggal selepas kontrak mereka berakhir pada hujung bulan lalu.
Striker kelahiran Brazil, Da Silva dan pemain berasal dari Mali, Konate yang gagal menyerlah bersama skuad Penyu pada musim pertamanya dikatakan bakal kembali bersama bekas pasukannya, Persebaya Surabaya dalam Liga Indonesia.
Manakala pemain kelahiran Ivory Coast, Marcel dikaitkan dengan pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) manakala De Murga belum pasti destinasinya musim depan.
Bagaimanapun nasib berbeza buat penyerang Terengganu FC II (TFC II) kelahiran Ghana, Jordan Mintah dan pemain berasal dari Montenegro, Argzim Redzovic selepas masing-masing ‘dirantai’ Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd.
Mintah yang `dinaikkan pangkat’ beraksi bersama pasukan TFC dalam kancah Piala Malaysia musim ini selepas muncul penjaring terbanyak Liga Perdana dengan mel3dak 16 gol diikat selama dua musim sehingga 2023, begitu juga dengan pertahanan TFC II, Redzovic.
Perkara itu disahkan Ketua Pegawai Operasi TFC Sdn Bhd, Mohd Sabri Abas sambil mengharapkan pemain yang dikekalkan itu mampu memberi impak yang besar buat pasukan TFC dan TFC II dalam mengharungi saingan Liga Super dan Liga Perdana musim depan.
Buat enam pemain yang tidak bersama pasukan musim depan iaitu Da Silva, De Murga, Konate, Marcel, Muhammad dan Nasir yang telah membantu pasukan dalam mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini, sekalung tahniah diucapkan kepada mereka semoga beroleh kejayaan dengan pasukan baharu.
“Buat Mintah dan Redzovic pula, kami meletakkan kepercayaan tinggi agar mereka mampu memperagakan aksi terbaik dan konsisten sepanjang bersama TFC kerana misi kita sudah tentu untuk memperbaiki kedudukan dalam Liga Super dan Liga Perdana selain melayakkan diri ke pentas Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) musim 2023.
sumber:- HM
“Kami harap musim 2022 bakal memberi sinar baharu buat pasukan selepas Petunjuk Prestasi Utama (KPI) musim ini tidak tercapai dengan hanya menduduki tempat keempat Liga Super dan terkandas pada peringkat separuh akhir Piala Malaysia sekali gus gagal mengulangi pencapaian layak ke saingan Piala AFC sebagaimana musim ini,” katanya.