Sukan

Awas Bintang kacukan — Apek

Bintang kacukan Laos, Billy Ketkeophomphone bakal menjadi ancaman terbesar buat skuad Harimau Malaya menjelang aksi kedua Kumpulan B Piala AFF di Stadium Bishan, di sini, petang esok.

Kebimbangan itu disuarakan penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat yang mengakui sudah meneliti video rakaman aksi penyerang berpangkalan di Perancis itu sejak 2009 hingga kini.

Billy, 31, adalah striker kacukan Laos-Perancis yang pernah beraksi dengan RC Strasbourg, Tours FC, Angers SCO dan AJ Auxerre dengan mel3dak 53 gol dalam 251 penampilannya di liga kelima terbaik dunia itu.

Apa yang pasti, kehadiran Billy memberi petanda skuad Harimau Malaya bakal berdepan cabaran sukar untuk meraih mata apabila bertemu Laos. Oleh itu, Khairul Fahmi mahu barisan pertahanan lebih bersedia menghalang gerakan ayam tambatan lawan itu.

Bagi saya sudah tentu kita tahu dia (Billy) punya kualiti…kita tahu dia main dekat Liga Perancis, jadi kami semua kena berwaspada dengan pemain utama Laos ini.

“Kami semua pun ada dimaklumkan oleh jurulatih dan tunjukkan video cara-cara Laos main dan kelebihan serta kelemahan pemain itu. Jadi apa yang kami dapat itu (info), kami kena gunakan dalam padang nanti,” katanya yang bakal meninggalkan Melaka United untuk menyertai Sabah FC musim depan.

Walaupun Laos tewas pada aksi sulung di tangan Vietnam Isnin lalu, dia yang lebih dikenali dengan panggilan Apek tetap menganggap pasukan lawan cukup liat dan sukar dijangka.

“Keyakinan kami sentiasa ada untuk kami menang perlawanan mana-mana pun. Kita tahu Laos walaupun dia dah kalah aksi pertama, tapi kita tak boleh pandang rendah mana-mana pasukan yang berada dalam pertandingan kali ini.

sumber:- HM

“Kita tahu Kemboja pasukan yang baik, Laos juga pasukan yang bagus di mana masa mereka jumpa Vietnam pun kita boleh nampak…dan kita tak boleh pandang rendah,” katanya yang pernah membantu pasukan menjulang Piala AFF pada 2010 lalu.