Tiada apa yang pelik dengan penalti yang dihadiahkan pengadil perlawanan, Alhunfush Shukri Hussin kepada Kemboja pada aksi pembukaan Piala AFF Suzuki 2020 berdepan Malaysia di Stadium Bishan, semalam.

Bekas pengadil Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Subkhiddin Mohd Salleh menjelaskan penalti itu sememangnya sah selepas terdapat sentuhan fizikal daripada kaki ataupun ‘stud’ terhadap pemain lawan.

Justeru, Subkhiddin yang juga tenaga pengajar bahagian teknikal pengadil FIFA menasihatkan penjaga gol supaya berhati-hati apabila berpendapat mereka boleh menggunakan kaki sebagai alat untuk melindungi atau mempertahankan diri.

Penjaga gol mengambil risiko apabila menggunakan kakinya ‘yang pada pendapatnya untuk melindungi dirinya’. Berdasarkan klip video, Khairul Fahmi (Che Mat) menggunakan kakinya dan ‘stud’ ke arah pemain lawan seterusnya mengenai bahagian badan lawan.

Dalam undang-undang permainan (Laws) ada tiga peringkat iaitu ‘careless’, ‘reckless’ dan ‘exc3ssive f0rce’. Dalam kes Khairul, ia menjurus kepada ‘careless’.

“Mana-mana satu daripada ini akan menyebabkan sepakan percuma terus dan sekiranya berlaku dalam kawasan penalti maka sepakan penalti diberikan,” katanya kepada BH Sukan.

Dalam masa sama, Subkhiddin juga mengharapkan semua pihak dapat menghormati keputusan yang sudah diberikan pengadil memandangkan mereka lebih arif mengenai undang-undang permainan.

Sekarang kita perlu terbuka kerana undang undang permainan bukan hanya untuk pengadil sahaja. Pemain dan peminat juga berhak mengenali dan memahami undang-undang permainan.

sumber:- BH

“Semua orang tahu dan faham undang-undang permainan tetapi pengadil lebih terlatih, jadi dalam perlawanan, kita perlu merujuk dan terima pakai keputusan pengadil serta menghormatinya.” katanya.