Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sudah mendapat lampu hijau daripada Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) untuk membawa penjaga gol baharu Harimau Malaya bagi menggantikan Khairulazhan Khalid yang dijangk!ti C0VID-19.

Setiausaha Agung FAM, Saifuddin Abu Bakar bagaimanapun menjelaskan kelulusan itu hanya diberikan untuk Harimau Malaya membawa pemain gantian bagi penjaga gol sahaja walaupun pemain sayap, Faisal Halim turut dijangk!ti w@bak itu.

Beliau berkata, keputusan sama ada mahu membawa penjaga gol baharu itu ke Singapura bagi aksi Piala AFF 2020 bergantung sepenuhnya kepada pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe.

Sekarang ini kita berhubung dengan Cheng Hoe untuk beliau memikirkan siapa akan dibawa ke Singapura bagi menggantikan Khairulazhan.

Seperti mana yang saya maklumkan sebelum ini, kedua-dua pemain ini bukan dikuarant!n, tapi diasingkan. Maknanya kalau kata hari ini mereka diuji negatif, mereka boleh menyertai pasukan serta merta.

Tapi jika kita bawa pemain (penjaga gol baharu) bermakna Khairulazhan takkan dapat bermain lagi. Kita serahkan kepada Cheng Hoe sebab beliau yang ada perancangan ini.

“Namun, kita kena faham juga proses untuk orang (pemain) baru nak masuk Singapura makan masa, ada prosesnya sebab kerajaan Singapura kena bagi kebenaran dia masuk ke Singapura selain perlu diasingkan selama 24 jam,” katanya.

Saifuddin berkata demikian selepas majlis pelancaran barangan rasmi edisi kedua Harimau Malaya X Al-Ikhsan serta majlis menandatangani perjanjian penajaan Al-Ikhsan dan FAM, hari ini.

Selain itu, Saifuddin menjelaskan pihaknya tidak menganggap jangk!tan C0VID-19 ke atas Khairulazhan dan Faisal sebagai ada unsur sab0taj serta tidak mengetahui berpunca dari mana.

sumber:- BH

“Dari segi punca saya tak boleh cakap dari mana, sebab kita tak tahu dari mana mereka dapat. Tapi kita sudah jalani semua spesifikasi yang diperlukan,” katanya.