Sukan

KDA FC sah umum seorang lagi pemain baharu

Bekas pemain pertahanan Perak FC, Amirul Azhan Aznan kini sah menjadi milik Kedah Darul Aman FC (KDA FC) untuk menghadapi saingan aksi Liga Malaysia dan Piala AFC musim depan.

Perkembangan kemasukan pemain dari Ipoh, Perak itu dimaklumkan melalui media rasmi KDA FC hari ini sekali gus membuktikan spekulasi penyokong tepat.

KDA FC dengan ini mengumumkan seorang lagi pemain tempatan baharu untuk musim 2022, Amirul Azhan Aznan.

“Pemain berusia 28 tahun yang berasal dari Ipoh Perak ini adalah ‘produk’ Sekolah Sukan Bukit Jalil dan telah lama menabur bakti bersama pasukan Perak sejak peringkat remaja hinggalah ke pasukan utama dan kehadiran beliau bakal memberi saingan di posisi pertahanan kanan.

“Beliau yang pernah mendapat panggilan skuad kebangsaan sebelum ini berazam untuk lebih bersedia dan memperbaiki prestasi dalam saingan untuk disenaraikan dalam barisan kesebelasan utama skuad Hijau Kuning,” menurut kenyataan itu.

sumber:- BH

Amirul Azhan akan bersaing untuk mengambil tempat Rizal Ghazali yang berhijrah ke pasukan Sabah FC baru-baru ini.