Sukan

Mohon bantuan AFF

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kini mengharapkan bantuan daripada Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) supaya dapat membenarkan mereka menambah pemain dalam skuad Harimau Malaya untuk berentap di Piala AFF Suzuki 2020.

Ketika ini, skuad bimbingan Tan Cheng Hoe kian ‘menipis’ apabila hanya memiliki 21 pemain di Singapura selepas Faisal Halim dan Khairulazhan Khalid terpaksa ‘direhatkan’ susulan didapati p0sitif C0VID-19.

Bukan sahaja kehilangan dua pemain itu malah skuad kebangsaan juga masih tidak dapat menggunakan khidmat pertahanan berpangkalan di Eropah, Dion Cools yang hanya akan bersama mereka selepas aksi berdepan Vietnam.

Kita sudah menulis surat kepada AFF untuk memohon supaya kita boleh membawa pemain yang baharu memandangkan kita berdepan perkara yang tidak dijangka. Lagipun Kuala Lumpur dengan Singapura tidaklah jauh mana.

“Jadi kita sedang menunggu maklum balas daripada Jawatankuasa Pertandingan AFF dan bantuan daripada Persatuan Bolasepak Singapura (FAS). Mereka sangat membantu kerana memahami situasi luar jangka sebegini,” kata Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar.

Dalam perkembangan sama, Saifuddin juga menjelaskan masalah kec3deraan yang dialami pemain yang dipanggil dalam senarai akhir menyebabkan hanya 24 pemain boleh dibawa ke Singapura untuk menghadapi ‘Piala Dunia Asia Tenggara’ itu.

“Kita mendaftarkan 70 pemain dan selepas itu, kita daftarkan 30 pemain tetapi kerana masalah kec3deraan, kita tidak boleh tambah pemain lagi kecuali penjaga gol,” katanya.

Di laman media sosial, segelintir penyokong mempersoalkan jumlah pemain negara yang dibawa ke Singapura dan lebih memburukkan keadaan adalah selepas dua pemain kebangsaan didapati p0sitif C0VID-19.

sumber:- HM

Beberapa pencabar lain tampil dengan skuad lebih besar pada Piala AFF Suzuki 2020 seperti Thailand dan Indonesia yang membawa 30 pemain, begitu juga Vietnam namun seorang pemain mereka dihantar pulang atas masalah dokumentasi.