Sukan

Pengguguran senior buka peluang pemain muda galas tugas besar

Pemain muda skuad Harimau Malaya, Mukhairi Ajmal Mahadi sedia menggalas tugas besar sebagai ‘jeneral’ di bahagian tengah untuk menghadapi Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura yang bermula esok.

Ketika ini, hanya Mukhairi dan perancang tengah berpengalaman, Baddrol Bakhtiar yang dimiliki Tan Cheng Hoe selepas terpaksa menggugurkan Akram Mahinan dan Kenny Pallraj akibat kec3deraan.

Malah, ini juga penampilan pertama Mukhairi yang baru berusia 20 tahun di pentas Piala Suzuki AFF walaupun pernah bersama skuad senior Harimau Malaya ketika aksi persabahabatan di Jordan, sebelum ini.

Bagi pemain Selangor itu, dia mengakui perlu belajar banyak ilmu daripada pemain lebih senior terutama Baddrol bagi memastikan jentera skuad Harimau Malaya berfungsi dengan baik.

Saya banyak belajar dari Baddrol dan saya yakin semua pemain akan berkomunikasi dengan baik. Saya sebagai pemain sentiasa bersedia jika diberi peluang dan saya akan bagi 100 peratus.

Ini motivasi dan beri saya lebih bersemangat serta inilah peluang terbiak untuk tonjolkan lagi bakat saya. Tapi saya kena kerja keras lagi sebelum perlawanan pertama berdepan Kemboja.

“Saya harap dapat beri persembahan terbaik untuk pasukan dan saya juga nak dapatkan pencapaian terbaik di Piala AFF. Bagi saya ini pertandingan besar dan ini penampilan pertama saya,” katanya.

Skuad 24 pemain yang dibawa jurulatih Tan Cheng Hoe untuk Piala Suzuki Suzuki AFF lengkap sepenuhnya selepas tiga pemain skuad Harimau Malaya yang berpangkalan di luar negara iaitu Junior Eldstal, Dominic Tan dan Luqman Hakim Shamsudin sudah menyertai pasukan di hotel penginapan pasukan di Singapura, semalam.

sumber:- BH

Skuad Harimau Malaya akan membuka tirai Kumpulan B Piala AFF Suzuki dengan men3ntang Kemboja di Stadium Bishan, Singapura, pada Isnin sebelum aksi kedua berdepan Laos di gelanggang sama, Khamis ini.