Sukan

Ucapan penuh Emosi Baddrol untuk Kedah

Kapten Kedah Darul Aman FC (KDA FC) Baddrol Bakhtiar menganggap masanya sudah tiba bagi memberi ruang kepada barisan pemain muda mengisi tempat dan menyambung legasinya bersama skuad Hijau Kuning di masa depan.

Hasrat legenda Kedah itu diluahkan melalui laman Facebook miliknya semalam sejurus selepas berita kesahihan dan disusuli pengumuman beliau yang akan berhijrah keluar dari skuad Kedah selepas menabur bakti selama 16 tahun bersama Kedah sejak 2005.

Terima kasih saya ucapkan kepada pengurusan KDA FC dan penyokong pasukan Kedah. Terima kasih memberikan kenangan selama 16 tahun bersama.

Alhamdulillah Kedah ke AFC…untuk penutup tahun dan musim ini tiba masanya saya memberi laluan kepada pemain-pemain muda untuk menyambung legasi saya di Kedah.

“Saya akui di awal musim saya menerima kritikan yang amat hebat sehingga segelintir penyokong mahukan saya untuk keluar dari Kedah, namun saya terima kritikan dengan positif dan memberi yang terbaik pada setiap perlawanan untuk pasukan kerana hasrat di hati saya dan pasukan hanya ingin melihat pasukan Kedah sentiasa berjaya dan di puncak,” katanya.

Baddrol juga menepis anggapan bahawa penghijrahannya ke pasukan baharu musim depan berpunca dari kekecewaan tertentu di Kedah dan sebaliknya hanya merahsiakan penyebab beliau mengambil keputusan meninggalkan Kedah pada hujung musim ini.

“Bukan wang ringgit menjadi ukuran..bukan masalah tunggakan gaji yang membuatkan saya berpindah pasukan..tetapi biarlah saya sahaja yang tahu apa yang terpendam dan terbuku di hati saya yang tak semua orang akan faham..jatuh bangun saya tetap bersama Kedah.

“Kedah tetap di hati saya, doakan yang terbaik untuk kita semua. Terima kasih Kedah untuk 16 tahun bersama, terima kasih penyokong dan pengurusan pasukan Kedah..tanpa anda tiada lah saya.” katanya.

Rekod kebanggaan yang dicipta Baddrol sepanjang 16 tahun bersama pasukan adalah dengan mengetuai pasukan lebih lima musim termasuk sumbangan 123 gol yang telah dihasilkannya buat Kedah setakat ini.

sumber:- HM

Dengan meletakkan dirinya sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman buat pasukan Hijau Kuning, pastinya pencapaian tertinggi ini dilihat sukar ditandingi oleh mana-mana pemain Kedah pada ketika ini.