Sukan

Aubameyang saja cari pasal

Aubameyang berdepan risiko dibenci penyokong Arsenal selepas memberikan tanda suka di akaun media sosial, Cristiano Ronaldo selepas The Gunners tumpas kepada Manchester United di Old Trafford pagi tadi.

Dua gol Ronaldo pada separuh masa kedua dan jaringan Bruno Fernandes di separuh masa pertama membantu Manchester United menumpaskan Arsenal 3-2 pada penampilan terakhir Michael Carrick selaku pengendali sementara.

Aubameyang gagal untuk menyerlah di Theatre of Dreams apabila bergelut ketika di depan gol menyebabkan dia masih kemarau jaringan sejak September.

“Fikiran kami sudah bersedia untuk aksi seterusnya, tidak ada masa untuk meraikan. Kemenangan hari ini adalah sangat penting untuk kembali ke landasan sebenar namun perjalanan masih lagi panjang sehingga kami tiba di destinasi yang dikehendaki,” kata Ronaldo.

Bagaimanapun, penyokong Arsenal pantas tersedar bahawa Aubameyang, yang dikeluarkan 10 minit sebelum perlawanan tamat, memberikan tanda suka kepada kenyataan Ronaldo itu.

Aubameyang mengakui bahawa kekalahan di Old Trafford sangat memberikan kekecewaan kepadanya dan rakan sepasukan.

sumber:- HM

“Kami sangat kecewa malam ini kerana pasukan sudah bermain dengan baik. Kami sepatutnya mendapat keputusan baik,” katanya.