Sukan

Pantun Sanusi untuk JDT curi tumpuan

Kemenangan Kuala Lumpur City (KL City) FC diraikan jutaan peminat bola sepak dan tidak ketinggalan Presiden Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Sanusi ketika tampil pada satu majlis memberi ucapan dengan memulakan pantun berbunyi, “Dari Kedah ke Singapura, singgah ke KL membeli gula, saya membawa berita gembira, JDT kalah lawan bola.

Pantun berkenaan turut dibalas di ruangan komen oleh Wann, Nabil kerja dekat port, singgah ke pasar beli udang galah, sembang banyak player import, takkan dengan KL City pun kalah.

Manakala AzlanEF turut memberi komen dengan mengatakan ‘tumpang gembira pun jadilah walaupun Kedah kalah hari tu.

sumber:- HM

Sanusi dalam laman Facebooknya turut memuat naik status berbunyi ‘sapa ada gambaq rimau jalan tersipu-sipu. Tahniah KL City.