Sukan

Anda boleh ketawa hari ini — TMJ

“Kamu boleh ketawa hari ini atau sementara, tapi saya akan ketawa untuk beberapa tahun akan datang”.

Itu jawapan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim kepada kata-kata sinis yang dilemparkan netizen di laman Twitter selepas skuad Harimau Selatan tumpas 0-2 di tangan Kuala Lumpur City (KL City), semalam.

Kekalahan dalam aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil itu bukan sahaja mengecewakan JDT, malah ia juga menjadi bahan ‘gurauan’ di media sosial.

Selain itu, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) turut memberi bayangan bahawa kekalahan di tangan KL City itu tidak menjejaskan pencapaian JDT yang memenangi 18 profi dalam lapan tahun.

Esok pagi saya masih Tunku Mahkota Johor. 18 piala dalam lapan tahun. Allah kurniakan saya dengan empat anak dan isteri yang indah.

“Syukur kerana (kehidupan) saya diberkati,” tulis TMJ pada akaun Twitter, miliknya.

sumber:- BH

Kejayaan menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) 2-0 di pentas final, semalam menyaksikan KL City menamatkan penantian 32 tahun untuk merampas kembali Piala Malaysia selepas kali terakhir memenanginya pada 1989.