Sukan

Pencapaian positif lonjak saham KLFA

Pencapaian positif termasuk berjaya beraksi di pentas final Piala Malaysia menyebabkan Kuala Lumpur City FC kini menjadi ‘bvruan’ beberapa pihak.

Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Abdul Samad berkata beberapa pihak sudah menyatakan minat untuk membeli pasukan itu yang ketika ini masih dimiliki KLFA.

Katanya, rundingan sedang dijalankan dengan entiti berpangkalan di Lembah Klang dan untuk itu, KLFA enggan mendedahkan sebarang maklumat lanjut mengenainya.

Ya, sudah ada (pihak yang berminat) tetapi kita tidak boleh katakan siapa cuma buat masa ini, KLFA masih lagi pemilik KL City FC. Beberapa pihak itu tidak semestinya (terbabit dalam bola sepak) kerana mungkin pembabitan mereka lebih kepada promosi atau tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Dengan peningkatan yang ditunjukkan pasukan, sudah pasti nilai pasukan juga akan meningkat. Cuma sekarang ini belum ada apa-apa yang muktamad jadi kita tidak mahu dedahkan lagi.

“Cabaran terbesar kita adalah untuk membina pasukan yang hebat dan akan ada pihak yang sanggup membeli pasukan untuk teruskan kejayaan KL City FC pada masa akan datang,” katanya.

Dalam masa sama, Khalid menjelaskan pihaknya sentiasa mengenalpasti mana-mana pihak yang dirasakan berpotensi untuk menjadi rakan kongsi mereka memandangkan KLFA tidak boleh menjadi pemilik KL City FC sepenuhnya.

KLFA tidak boleh jadi pemilik 100 peratus jadi kami kena mencari rakan kongsi yang boleh beli (pasukan), meletakkan duit dan membiayai pasukan. Jadi KLFA boleh tumpukan pada pembangunan bermula dari peringkat sekolah sehingga profesional.

sumber:- HM

“Kita pun difahamkan bermula 2023, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) hanya membenarkan kita memegang tidak lebih daripada 10 peratus kerana mereka mahukan bola sepak benar-benar diswastakan tanpa dibiayai kerajaan atau kerajaan negeri,” katanya.