Pemain tengah Kuala Lumpur City (KL City), Zhafri Yahya dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan akhir Piala Malaysia 2021.

Dia yang berusia 27 tahun mel3dak gol pertama KL City pada minit ke-66 untuk membantu skuad City Boys menewaskan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) 2-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.

Kejayaan itu menyaksikan KL City menamatkan penantian 32 tahun skuad City Boys selepas kali terakhir dimenangi mereka pada 1989. Kuala Lumpur City FC melakar kejutan apabila melakar kemenangan ke atas Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk bergelar juara Piala Malaysia edisi ke-100, sebentar tadi.
Gol yang dijaringkan Zhafri Yahya dan kapten pasukan, Paulo Josue, memastikan The City Boys menamatkan penantian apabila merangkul gelaran trofi Piala Malaysia buat kali pertama sejak 1989.

JDT dan KL City menampilkan aksi seimbang selepas terikat tanpa jaringan selepas tamat aksi babak pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Pengendali KL City, Bojan Hodak, membariskan kesebelasan terbaik dengan menurunkan dua pemain import s3nsasi, Josue dan Romel Morales.
Sementara pengendali JDT, Benjamin Mora pula membuat percaturan ampuh dengan trio s3rangan yang dibarisi Bergson Da Silva, Arif Aiman Mohd Hanapi dan Muhammad Safawi Rasid.

Mengenai kualiti s3rangan dimiliki JDT, KL City mengambil pendekatan bertahan menyerap asakan demi asakan yang bertali arus daripada JDT.
Seawal minit kesembilan peluang hadir buat JDT menerusi Bergson yang berjaya melepaskan rembatan namun hanya sekadar terkena tiang.
KL City mula mengorak s3rangan balas ke arah JDT namun ketenangan dimiliki skuad Harimau Selatan turut berjaya memastikan tiada jaringan berjaya dibolosi sehingga tamat separuh masa pertama.

Ketabahan KL City yang lebih banyak menyerap asakan akhirnya terbalas apabila J. Partiban yang bijak mencari ruang melepaskan hantaran lintang yang berjaya disambar Zhafri pada minit ke-65 untuk gol pembukaan buat KL City.

sumber:- BH

Impian JDT untuk mempertahankan kejuaraan lebur apabila Farizal Marlias sekali lagi ditembus pada minit ke-74, kali ini menerusi jaringan Josue.
Di sebalik jaringan yang berjaya dihasilkan, aksi lima bintang daripada penjaga gol, Kevin Ray Mendoza harus diberikan pujian apabila deretan percubaan jentera serangan JDT berjaya dipatahkan sekaligus menamatkan perlawanan tanpa dibolosi.