Sukan

Saya tidak boleh umum lagi — Mora

Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal menurunkan kesebelasan terbaik apabila membuat perhitungan men3ntang Kuala Lumpur City FC (KL City FC) pada aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam esok.

Pengendali JDT Benjamin Mora berkata, selepas mengharungi separuh akhir men3ntang Terengganu FC (TFC), kini skuadnya memberi sepenuh tumpuan bagi mempertahankan kejuaraan piala berprestij itu yang dimenangi pada musim 2019.

Pemain melalui proses pemulihan yang rapi dengan jadual padat. Mereka juga tampak sudah bersedia untuk beraksi di pentas final dan saya jangkakan ia perlawanan sengit apabila berdepan skuad kendalian Bojan (Hodak).

“Senarai pemain yang diturunkan dalam perlawanan akhir nanti, saya masih belum putuskan tapi apa yang boleh saya katakan JDT akan menurunkan barisan terkuat kerana ia hanya sekali perlawanan sahaja dan bukan timbal balik,” katanya.

Walaupun pengendali kelahiran Mexico itu enggan mendedahkan kesebelasan utama yang bakal diturunkan pada aksi malam esok, bayangan skuad utama dijangka menampilkan lima pemain import.

Mauricio Dos Santos dan Shane Lowry dijangka diturunkan bagi terus memperkukuh benteng manakala Leandro Velazquez mungkin beraksi di posisi tengah dan Gonzalo Cabrera pula akan bergerak di posisi sayap kiri.

Pemain striker, Bergson Da Silva yang sudah mel3dak tujuh gol sepanjang kempen Piala Malaysia hampir pasti mengemudi jentera s3rangan.

Bagi memastikan gawang JDT tidak dibolosi, Mora bakal turut mempertaruhkan kapten pasukan, Farizal Marlias manakala bagi posisi bek kiri dan kanan, kelibat Corbin Ong dan Matthew Davies jadi taruhan.

Natxo Insa dan Afiq Fazail pula dijangka mengemudi posisi tengah sambil di sokong Ariff Aiman Hanapi di sayap kanan.

Ditanya sama ada S Kunanlan yang beraksi konsisten ketika men3ntang TFC pada separuh akhir kedua, Jumaat lalu, Mora tidak mahu memberi kata putus sama ada pemain berusia 35 tahun berada dalam senarai kesebelasan utama.

sumber:- BH

“Saya tidak boleh umum lagi sama ada Kunanlan bermain atau tidak. Apapun, saya suka dengan komitmen yang ditunjukkan dan dia sangat professional malah kerap memberikan aksi terbaik setiap kali diberikan peluang turun ke padang,” katanya.