Thomas Tuchel mengakui Chelsea kecewa dengan keputusan 1-1 men3ntang Manchester United selepas kesilapan Jorginho menjadi punca Jadon Sancho meletakkan pelawat di depan dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge.

Jorginho bagaimanapun menebus kesilapannya dengan menyempurnakan sepakan penalti selepas Aaron Wan-Bissaka mengasari Thiago Silva.

Skuad kendalian Tuchel menguasai keseluruhan permainan tetapi kawalan lemah Jorginho membolehkan Sancho merampas bola untuk meletakkan skuad kendalian Michael Carrick di depan pada awal babak pertama.

Chelsea, yang belum tewas dalam 11 perlawanan di semua pertandingan, kekal di tangga teratas liga dengan kelebihan satu mata ke atas Manchester City yang menewaskan West Ham.

Saya amat gembira dengan persembahan pasukan. Kami menguasai dari minit pertama, kami cukup agresif dan tidak berhenti meny3rang. Malangnya kami menjaringkan gol, satu untuk setiap pasukan.

“United bertahan jauh ke bawah. Kami perlu menerima keputusan ini. Kami rasa kecewa kerana hakikatnya kami sudah melakukan sebaiknya. Ia boleh berlaku dalam bola sepak,” kata Tuchel.

United, di tangga kelapan, 12 mata di belakang pendahulu tetapi persembahan di Stamford Bridge memberi n@fas baharu selepas mengharungi tempoh sukar.

Carrick membimbing pasukan untuk perlawanan kedua berturut-turut selepas Ole Gunnar Solskjaer dipecat, dengan pelantikan Ralf Rangnick sebagai pengendali sementara sehingga akhir musim ini dijangka disahkan dalam masa terdekat.

sumber:- BH

“Saya berbangga dengan pemain-pemain dan pasukan. Ia situasi yang sukar dan kami cuba untuk menghasilkan yang terbaik. Tetapi saya sedikit kecewa, saya tidak boleh sembunyikan. Bagi saya ia bukan penalti langsung,” kata Carrick.