Johor Darul Ta’zim (JDT) mendapat kemenangan awal apbila menjadi pilihan hangat untuk menjuarai Piala Malaysia musim ini.

Berdasarkan hasil undian penyokong di laman Twitter Harian Metro, skuad Harimau Selatan yang dibimbing Benjamin Mora meraih 68 peratus (%) bagi mengatasi Kuala Lumpur City FC (KL City) dengan 32%.

Kedua-dua pasukan dijadual berdepan sesama sendiri di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.

Untuk rekod, JDT adalah penyandang juara selepas memenangi trofi itu pada 2019 lalu, manakala KL City pula kini dalam laluan untuk menamatkan badi 32 tahun selepas menjuarainya kali terakhir pada 1989.

JDT mara ke final selepas mudah meraih agregat 4-1 mengatasi Terengganu FC di separuh akhir, sementara skuad Warga Kota pula melalui jalan cukup berliku apabila terpaksa bertarvng hingga ke penentuan penalti selepas terikat 2-2 secara agregat dengan Melaka United selama 120 minit.

sumber:- HM

Dalam penentuan penalti itu, KL City menang menerusi keputusan 5-3.