Sukan

Kelab perlu ambil tanggungjawab atau denda pemain — Subkhiddin

“Kelab dan pasukan juga perlu ambil tanggungjawab untuk memantau atau mengenakan denda kepada pemain yang bertindak kasar atau g@nas di dalam padang.”

Itu kata bekas pengadil Fifa, Subkhiddin Mohd Salleh selepas mengakui agak kecewa dengan sikap segelintir pemain Liga Malaysia (Liga M) yang tidak menghormati peraturan pertandingan hingga sanggup mencetuskan pergadvhan dengan pemain mahupun pengadil.

Katanya, beliau memahami adat permainan bola sepak yang kadang kala tidak terlepas dengan perg3lutan atau pertelingkahan di atas padang, namun jika kesilapan sama sering berulang dari pemain atau pasukan yang sama, ia menunjukkan seolah ada sesuatu yang tidak kena.

Bukan mahu menuding jari kepada mana-mana pihak, namun beliau yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berharap pengurusan kelab turut memainkan peranan dengan mendidik pemain untuk menghormati peraturan.

Jangan harap FAM atau pengadil saja, dalam soal ini kelab juga perlu main peranan. Jika ada pemain melakukan kesilapan sama berulang kali, saya kira pasukan kena ambil tindakan tegas terhadap pemain sendiri.

Di luar negara, ada kelab yang meletakkan peraturan sendiri dengan berani mendenda pemain mereka. Ini yang sepatutnya dibuat supaya pemain tidak melakukan perkara yang menyalahi ‘code of conduct’ seperti cetuskan pergaduhan dan sebagainya.

“Bola sepak ini bukan sekadar nak cari siapa menang atau kalah, tapi ia juga platform untuk mendidik terutama pemain muda yang melihat pemain senior adalah ‘role’ model mereka,” katanya kepada Arena Metro.

Terdahulu, mutu pengadilan kembali dipersoalkan selepas beberapa insid3n pergelutan antara pemain ketika aksi separuh akhir Piala Malaysia antara Terengganu FC (TFC) dan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi perhatian.

Antaranya, kekasaran yang dilakukan pemain tengah skuad Harimau Selatan, Natxo Insa dan menendang bola selepas wisel dibunyikan serta insiden pertahanan pelawat, Shane Lowry yang ‘bergoc9h’ dengan dua pemain TFC, Jordan Mintah dan Suhaimi Hussin.

sumber:- HM

Perkara sama turut berlaku dalam aksi timbal balik kedua Jumaat lalu, apabila Safiq Rahim bertindak di luar kawalan dengan menanduk kepala Faizal Halim dan dia kemudiannya dilayangkan kad merah