Status Nafuzi Zain selaku pembimbing Terengganu FC pada musim depan tampak masih menjadi tanda tanya selepas beliau mengesahkan belum ada sebarang tawaran untuk menyambung kontrak oleh pengurusan kelab TFC.

Beliau berkata, ketika ini masih menunggu tawaran sambungan kontrak oleh pengurusan TFC yang mana kontraknya akan berakhir 30 November ini.

Kontrak saya tamat 30 November ini dan masih menunggu tawaran daripada TFC. Bagaimana saya nak siapkan pasukan jika belum tandatangan kontrak baharu. Apapun terserah kepada pihak pengurusan.Ketika ini saya masih ada kontrak dengan TFC tapi jika ada kelab yang sudi menawarkan kontrak kepada saya, kemungkinan saya akan berunding dengan mana-mana kelab yang sudi mendapatkan khidmat saya musim depan.

“Apapun keutamaan saya sudah tentulah mahu terus bimbing TFC kerana selepas dua tahun bersama pasukan itu banyak yang saya lakukan dan misi bersama TFC masih belum tercapai,” katanya.

Pengendali kelahiran Kota Bahru, Kelantan itu juga menyifatkan sepanjang membimbing skuad Penyu pada sejak dua musim, pemain memberi kerjasama yang baik malah di kalangan pemain muda kerap diturunkan untuk beraksi dalam saingan Liga Super.

Mengulas mengenai kegagalan TFC mara ke pentas final selepas tewas 1-4 secara agregat kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi, Nafuzi mengakui 15 minit pertama pemainnya tampak gugup.

Apabila pemain saya tidak dapat menyesuaikan diri dalam tempoh awal permainan maka mereka melakukan kesilapan mudah dan memberi ruang buat pemain JDT menguasai permainan sehingga kita dihukum tiga gol dalam tempoh 15 minit perlawanan.

sumber:- HM

“Walaupun berlawan dengan 10 pemain JDT dan penguasaan permainan jelas milik kita tapi pasukan lawan bertahan dengan baik dan sukar untuk kita men3mbusi benteng mereka tatkala berusaha menywrang di setiap posisi sama ada di tengah, sayap kiri dan kanan,” kata Nafuzi.